Friday, April 2, 2010

Orientasi



Selamat datang pelajar-pelajar baru...selamat menempuh alam sekolah menengah yang penuh dengan seribu ranjau dan cabaran...pada alam ini juga anda akan meningkat remaja..satu zaman yang penuh dengan kegembiraan dan keseronokan..tetapi perlu bimbingan agar anda tidak leka dan hanyut dengan dunia semasa..ooh ye untuk pelajar tingkatan empat, anda akan menghadapi musim 'honeymoon'..tiada peperiksaan awam..tetapi subjek yang anda pilih menentukan masa depan anda untuk menghadapi dunia yang penuh dengan ledakan kemajuan..saya berharap anda tidak ketinggalan..kepada pelajar baru dan pelajar tingkatan empat jika berminat menjadi pengawas pusat sumber sila berjumpa dengan En Ghazali untuk ditapis dan dipilih...

No comments:

Post a Comment